..::MUTIARA KATA::..


~Mutiara Kata 1~

Apabila manusia gagal mencintai pencipta-Nya yakni Allah 'Azza Wa Jalla, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.

~Mutiara Kata 2~

The best da'wah is your manners.
The best naseeha is your example.
Spread the beauty of Islam by living it, as an example for others to follow.

~Mutiara Kata 3~

Ingatlah, sabar itu iman, wang bukan teman, dunia hanya pinjaman dan mati tidak berteman.

~Mutiara Kata 4~

Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.

Wednesday 13 April 2016

TEKS KHUTBAH HARI GURU 2016


TEKS KHUTBAH HARI GURU 2016
 

17 Mac 2016
Sukacita dimaklumkan bahawa Teks Khutbah Hari Guru 2016 yang disediakan oleh BPI untuk bacaan sempena sambutan Hari Guru 2016 boleh dimuat turun melalui pautan seperti di bawah:


Tarikh cadangan bagi bacaan teks khutbah tersebut adalah pada 13 Mei 2016 bersamaan pada 6 Syaaban 1437H.

Sekian, terima kasih.

Friday 1 April 2016

SAYEMBARA PENULISAN RENCANA ISU DAKWAH KONTEMPORARI PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

SAYEMBARA PENULISAN RENCANA ISU DAKWAH KONTEMPORARI PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2016

14 Mac 2016
Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia menganjurkan Sayembara Penulisan Rencana Isu Dakwah Kontemporari  Peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia 2016.

Ia terbuka kepada :
•       Guru-guru dan kakitangan sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia
•        Pegawai dan kakitangan Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
•        Pensyarah dan kakitangan Institut Aminuddin Baki,  Institut Pendidikan Guru Malaysia dan Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia .

Syarat pertandingan sayembara berserta Borang Penyertaan dan Pengakuan Keaslian Karya boleh dimuat turun daripada  pautan berikut:
1.    Iklan Pertandingan Sayembara
2.    Syarat Pertandingan Sayembara & Borang Penyertaan
3.    Facebook/ SAYEMBARA PENULISAN RENCANA ISU DAKWAH KONTEMPORARI KPM 2016


Tarikh tutup sayembara ini ialah pada 30 April 2016.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi Urus setia Sayembara, Ustaz Ruzain Syukur b Mansor, Penolong Pengarah Sektor Dakwah dan Kepimpinan Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia:
Nombor telefon      : 03-83217288 / 019-2103267
E-mel                     : ruzainsyukur@gmail.com

Sekian, terima kasih.